Laman Utama

“Berderai Air Mata Jantan Saya” - Cadang Keluar KWSP Buat Pembedahan Jantung Anak, Tapi Siti Nurhaliza Datang Beri Bantuan

gempak
Izwan Isa
14/08/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Berderai Air Mata Jantan Saya” - Cadang Keluar KWSP Buat Pembedahan Jantung Anak, Tapi Siti Nurhaliza Datang Beri Bantuan
Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi sebutan apabila seorang pengguna TikTok mendedahkan yang penyanyi nombor satu negara itu pernah membantu arwah anaknya yang menghidap penyakit jantung berlubang untuk menjalani pembedahan.
Pengguna TikTok yang meninggalkan komen di akaun SITISM ERA itu berkata, ketika diberitakan tentang penyakit yang dialami anaknya, mereka suami isteri buntu memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada ketika itu sangat mahal.
@sitism_era
♬ Menjaga Cintamu - Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story - Dato' Sri Siti Nurhaliza
“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012. Anak saya nak kena operation jantung berlubang. Saya dalam bilik tafsiran dengan isteri. Tiada pilihan, nak keluar EPF sebab kos.
“Terkenanglah kejap. Tiba-tiba wakil SimplySiti datang terus menawarkan bantuan kewangan, kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya.
“Demi Allah perkara ini benar. Terima kasih Siti. Saya kenang sepanjang hayat saya. Hanya Allah mampu membalasnya.
“Kalau ada manfaat pada orang lain, share je lah. Lagipun anak saya pun dah tiada. Sempatlah dia berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami,” katanya.
Dalam pada itu, individu berkenaan akan mengingati budi yang disemai Siti hingga akhir dan selain sempat mendoakan agar Siti sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
“Kami sekeluarga pernah terhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza terus diberkati Allah,” katanya.
Untuk rekod, Siti melancarkan kempen SimplySiti Di Hati yang menampilkan kolaborasi bersama IJN bagi membantu anak-anak yang kurang bernasib baik mendapatkan rawatan sewajarnya di institusi berkenaan.
BACA: "Doakan Saya Ada Rezeki Untuk Buat Lebih Banyak Lagi CSR" - Siti Nurhaliza Mahu Terus Bantu Pesakit Kronik​
BACA: “Sebagai Ibu, Saya Faham Perasaan Risau Kesihatan Anak” – Siti Nurhaliza Bakal Bantu 5 Kanak-Kanak Pesakit Jantung Menerusi…​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live