,
Berita

"Doakan Saya Ada Rezeki Untuk Buat Lebih Banyak Lagi CSR" - Siti Nurhaliza Mahu Terus Bantu Pesakit Kronik

ZULHILMI JALIL
22/11/2019
08:55 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui banyak menerima cadangan daripada pihak luar untuk dia melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) kepada badan-badan lain bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Siti Nurhaliza, 40, berkata, aktiviti CSR yang dilaksanakan menerusi kempen SimplySiti Di Hati sejak 2011 itu menerima respons positif dalam kalangan masyarakat.
"Memang ada cadangan daripada pihak-pihak lain juga. Ini kerana mereka nak saya bantu juga. Cuma, sebelum ini saya pernah berbincang dengan SimplySiti untuk kita fokus (kepada pesakit jantung).
"Doakan saya ada rezeki lebih lagi agar saya boleh buat CSR dengan lebih banyak. Bukan sahaja terhad kepada Institut Jantung Negara (IJN), tetapi kepada pesakit-pesakit kronik yang lain," katanya kepada Gempak.
Baru-baru ini, Siti melancarkan kempen SimplySiti Di Hati 2019 yang dijalankan selama dua bulan sehingga Disember depan bagi mengumpul dana sebanyak RM70,000.
Dana melalui konsep 'membeli sambil menderma' itu untuk disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menanggung kos rawatan lima pesakit kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
"Dengan setiap pembelian produk SimplySiti serendah RM120, sama ada di butik fizikal atau menerusi Astro Go Shop, sebahagian wang itu akan disalurkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di IJN," katanya yang turut melancarkan single Terang sempena kempen tersebut.
Sejak dilaksanakan pada 2011, kempen SimplySiti Di Hati sudah membantu seramai 14 kanak-kanak pesakit jantung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar