Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berdosa Ke Tak? Ini Hukum Buang Kucing Dalam Islam

Firdaus
03/12/2023 03:55 MYT
Buat pencinta haiwan, kucing semestinya antara yang dipilih untuk dipelihara kerana tingkah lakunya yang comel dan melucukan.

Meskipun begitu, tidak mudah untuk menjaga seekor kucing, lebih-lebih lagi yang sering melakukan kekacauan dan kekotoran di kawasan rumah.

BERITA TRENDING: Pet Shop Jual Kucing Sakit? Kelompok Pencinta Haiwan Gesa Netizen Buat Laporan

Oleh yang demikian, mesti ramai yang tertanya-tanya apakah hukumnya di dalam Islam jika seorang pemilik kucing mengambil keputusan untuk membuang haiwan peliharaan itu atas kerosakan yang dilakukan?

Menurut seorang pendakwah, Dato’ Syeikh Faisol Haji Omar di media sosial TikTok menyatakan, jika seseorang pemilik kucing mengambil keputusan untuk membuang haiwan itu atas sebab-sebab tertentu, hukumnya adalah harus.

“Buang kucing ni hukumnya adalah harus seandainya tindakan membuang kucing itu tidak menimbulkan bahaya dan memusnahkan kucing,” ujar pendakwah tersebut.

Dalam pada itu, Dato’ Syeikh Faisol turut menjelaskan, jika tindakan membuang kucing mendatangkan kemudaratan terhadap haiwan tersebut, hukumnya ada haram.

“Kalau tindakan membuang kucing itu membahayakan kucing itu, nyawa dia dan seumpamanya, maka tindakan buang kucing itu adalah haram.

“Haram buang kucing ni bila kita pergi ambil kucing tu letak di tempat yang berbahaya. Kawasan tu ular banyak, semak samun. Ataupun kucing tu kita pergi buang di lebuh raya di mana dia tak boleh menyelamatkan diri. Kesengajaan kita pergi buang di tempat-tempat yang tak sesuai maka hukumnya adalah haram.”

undefined Untuk info, video berkenaan telah mendapat lebih 50,000 tanda suka dan 1.4 juta tontonan semenjak di muat naik di platform TikTok.
Sumber: TikTok

#Viral #Kucing #Islam #Hukum
;