Sebuah kedai menjual haiwan kesayangan viral dalam kalangan netizen apabila beberapa ekor kucing yang dipamerkan dalam sangkar mengalami penyakit, tidak kurang bergelumang dalam kotak najis.

Menerusi akaun X @rubyrahman, kedai menjual haiwan kesayangan itu terletak di sebuah pusat beli belah di ibu kota.

BERITA TRENDING: Ribuan Kucing Diselamatkan Sebelum Dibunuh & Dijual Sebagai Daging Lembu!

“Ini keadaan sebuah pet store. Gambar dikongsi oleh follower kami. 8 ekor kucing dalam sangkar kaca yang kecil. Ada yang sakit mata, ada yang sedang mengalami diarrhea dan ada yang tidur dalam litter box.

“Lihat la sendiri macam mana breeder dengan tiada rasa bersalah membiarkan kucing-kucing dalam keadaan sakit bercampur-aduk. Jika sudah dibawa ke vet untuk rawatan, setiap mereka harus dikuarantin secara berasingan dan tidak dibiarkan tinggal dalam satu tempat yang sama.

“Kebiasaannya kucing-kucing yang sakit akan mati, yang tidak dapat dijual akibat sakit pula akan dibuang.

Minta tolong semua untuk buat report kepada @DVSMalaysia dengan menggunakan link https://awa.dvs.gov.my/support,” tulisnya.

Selain itu, ada juga dalam kalangan netizen yang bersetuju dan mendakwa kedai tersebut berbau busuk, dan kucing-kucing di sana tidak berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: “Kita Tak Jual, Tapi Akan Charge Untuk…” - Syada Amzah Ada sebab ‘Hold’ Bagi Kucing Dekat Tuan Baharu​