Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Berebut-Rebut Nak Kemas Mainan” – Diana Amir Kongsi Tips Disiplinkan Anak Guna Beg Sandwish

Mya Amri 22/11/2018 | 09:06 MYT
Pelakon dan pengacara, Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Diana berkongsi tips untuk memastikan anak-anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya.
“Anak-anak kesayangan mummy ni banyak benar mainan dia. Alhamdulillah. Nak bagi diorang jadi kreatif, suka berfikir, pandai bersosial, kenalah bagi diorang berdua main macam-macam jenis mainan.
“Yang penatnya mak-mak ni la, nak kena kemas lepas diorang berkreatif tu. Diana pun tak ada maid, semua buat sendiri. Jadi kena fikir macam mana nak bagi proses kemas balik tu efektif.
“Diana akan bahagi-bahagikan barang-barang yang senang bersepah (terutama mainan-mainan kecil macam puzzles, lego, baju-baju dan accessories dolls) dan susun dalam Ziploc!
“Anak-anak Diana akan ambil mainan daripada dalam beg sandwich Ziploc, yes walaupun namanya beg sandwich, boleh je guna untuk organize barang-barang lain.
“Sebelum diorang buka beg Ziploc® untuk ambil mainan lain, Diana akan minta diorang simpan dulu mainan-mainan yang diorang dah buka.
“And it’s actually fun for them! Berebut-rebut nak kemas, jadi satu permainan juga untuk kemaskan barang masuk dalam Ziploc.
“So, sebelum mainan bersepah dan kita terkial-kial, buang masa nak kemas balik mainan, guna Ziploc untuk bantu organize dan sebenarnya ajar anak disiplin dalam bermain!” jelasnya.

This is the last video i’ve made before I gave birth to Mr. Muhammad Khalid , ya thats his name ?✨ . . Anak2 kesayangan mummy ni banyak benor mainan dia, alhamdulillah. Nak bagi diorg jadi kreatif, suka berfikir, pandai bersosial, kenalah bg diorg berdua main macam2 jenis mainan. Yang penatnya mak2 ni la, nak kena kemas lepas diorg berkreatif tu ? Diana pun xde maid, semua buat sendiri. Jadi kena fikir camana nak bagi proses kemas balik tu efektif. Actually, the decluttering starts from before the clutters. Diana akan bahagi2 kan barang2 yg senang bersepah (esp mainan2 kecik mcm puzzles, lego, baju2 and accessories dolls ) dan susun dalam Ziploc®! Anak2 Diana akan ambil mainan drp dalam beg sandwich Ziploc®, yes walaupun namanya beg sandwich, boleh je guna utk organize brg2 lain Sblm diorg buka beg Ziploc® utk ambil mainan lain, Diana akan minta diorg simpan dulu mainan2 yang diorg dah buka. And it’s actually fun for them! Berebut2 nak kemas , jadi 1 permainan juga utk kemaskan barang masuk dlm Ziploc® So, sebelum mainan bersepah dan kita terkial2, buang masa nak kemas balik mainan, guna Ziploc® untuk bantu organize dan sebenarnya ajar anak disiplin dalam bermain! #ziploc

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on

Dalam pada itu, rata-rata pengikut IGnya gembira dengan tip yang dikongsikan kerana menjadi panduan berguna buat ibu bapa lain.
Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015, Khadija Azzehra pada 4 Januari 2017 dan Muhammad Khalid, 10 November 2018.
Foto: Instagram @dianaamir
#pelakon #Tips #Diana Amir #Pelakon
;