,
Gaya Hidup

Berenang 38 KM, Berbasikal 1,800 KM & Berlari 422 KM... Jeff Lau Berjaya Selesaikan 10 Acara Ironman Dalam Masa 10 Hari, Power!

Kamaruddin Razal
04/09/2019
15:55 MYT
Bayangkan jika anda berenang selama 38 kilometer (km), berbasikal sepanjang 1,800 km dan berlari 422 km dalam masa 10 hari?
Selesaikan 10 acara Ironman dalam masa 10 hari... Boleh ke? Macam mustahil je?
Tapi, jejaka bernama Jeff Lau Jun Tean yang berusia 29 tahun ini berjaya melakukannya!
Menerusi entri laman Facebook Jom Kita Lari, Jeff dilaporkan berjaya menempuhi acara terbabit di Swiss Ultra Deca Ultratriathlon.
"Kalau satu acara Ironman pun dah kira sukar. Cuba bayangkan 10 Ironman dalam 10 hari. Total 38 km swim, 1,800 km bike, 422 km run.
"Jeff Lau berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di acara Swiss Ultra Deca Ultratriathlon pada 31 Ogos lalu (waktu tempatan Switzerland) dengan mendapat tempat ke-6!" tulis pengendali akaun Jom Kita Lari.
Menjengah di laman Instagram peribadi Jeff, jejaka itu turut mencoretkan rasa bangganya kerana dapat menyelesaikan acara terbabit.
"Saya berjaya melakukannya. 10 Ironman dalam masa 10 hari. 38 km renang, 1,800 km berbasikal, 422 km berlari.
"Terima kasih semua untuk sokongan dan dorongan. Saya suka perlumbaan dan cabaran itu. Perlumbaan yang sangat mencabar tetapi saya bertemu dengan sekumpulan orang yang baik dari keluarga @swissultra_triathlon," tulis Jeff.
Sememangnya aktif melibatkan diri dengan aktiviti mencabar seperti Ironman, Jeff menyertai Swiss Ultra Deca Ultratriathlon bagi tujuan kebajikan.
Jeff menyertai acara itu untuk mengumpulkan dana bagi Malaysian AIDS Foundation serta meningkatkan kesedaran mengenai HIV / AIDS.
Untuk lebih informasi mengenai perkara terbabit, klik link di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Peserta Ironman & Pengasas Kiddocare Meninggal Dunia, Nurul Zahid Titip Takziah…

gempak
09/10/2023
03:50 MYT
Al-Fatihah
Hiburan

Kongsi Video Solat Ketika Menyertai Cabaran Ironman, Alif Satar Tutup Mulut Netizen!

gempak
12/11/2019
10:34 MYT
Hiburan

“Tahniah Bro, Padu!” - Ibu Kalungkan Medal Ironman, Khairy Jamaluddin Buat Wargamaya Tersentuh

gempak
30/10/2019
05:28 MYT
Hiburan

"Kalau Dah Lenjan 15 Jam Ironman, Solat Kat Mana?" - Netizen Tanya Perihal Sembahyang, Ini Jawapan Alif Satar...

gempak
30/10/2019
00:18 MYT
Hiburan

“Tony Stark Is Not Ironman, I Am” - Alif Satar Berjaya Tamatkan Cabaran Dalam Masa 15 Jam!

gempak
27/10/2019
10:43 MYT