Penyanyi Ashira mendedahkan dirinya menerima mesej layang berkali-kali selepas memuat naik gambar bersama seorang lelaki, difahamkan kenalan ketika zaman remajanya dahulu.
Kata Ashira, mesej yang diterimanya itu meminta agar dirinya sedar diri selain digelar dengan pelbagai panggilan tidak enak.
"Ingin saya maklumkan kepada kalian, hanya kerana gambar-gambar ini yang saya post di Facebook awal bulan ini, saya kerap menerima mesej layang minta saya sedar diri dengan kata-kata yang tidak beradab. Bukan sekali tapi banyak kali!
"Ya, saya selalu sedar diri insya-Allah, belum lupa diri. Kisah sebenarnya, saya dah kenal dia ni masa umur 14 tahun, bukannya baru kenal ya, pastu tergedik-gedik tak sedar diri. Saya bukan orang macam tu sampaikan kamu boleh panggil saya b****.
"Jujurnya, inilah crush pertama saya dalam hidup, tapi dia hilang dan kami berhubung macam tu saja. Kalau imbas balik kami terlalu muda (bak kata kak ngah, masa muda tak berjodoh sebab bodoh kot).
"Semakin membesar, masing-masing ada kehidupan masing-masing. Adalah terserempak kat mana-mana kami cuma ucap 'hai, apa khabar, bye'. Tahulah perkembangan dia, kawan di FB kan tapi tengok sajalah, tekan like pun tak. Dan itu adalah sangat lama! Bertahun-tahun tak jumpa dah.
"Nak dijadikan cerita terjumpa balik malam sambutan Kemerdekaan 30 Ogos 2022. Itupun sebab adik dia dalam band saya. Jadinya mengimbaulah kisah-kisah dulu," ceritanya.
Berpegang pada ketetapan jodoh, tambah Ashira lagi, dia memohon maaf seandainya perkongsian foto bersama jejaka berkenaan tidak disenangi beberapa pihak.
"Apapun, tak tahu nak cakap apa laik, saya suka ayat ni; ‘if someone was meant to be yours,no matter how long, how far u go,how many people u have in your life,he/she will be yours,it’s just a matter of time’.
"Kalau itu yang Allah tetapkan, syukur. Minta maaf pada yang tak berkenan tengok kami berkawan. Bukan saya plan semua ni. Saya percaya pada kuasa Allah dan Dia sebaik-baik perancang!
"Buat @fairulezuanisa, terima kasih untuk bulan penuh indah ini, saya tak pernah menunggu untuk kita bertemu lagi. Seinci lagi nak tertutup pintu sebab dah penat. Sangat-sangat penat. Jangan lenyap lagi.
"Abg E stand by and good luck! Welcome to my world. Bila perancangan tidak menjadi seperti yang diharapkan, ingatlah dan senyumlah..Manusia merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta-Nya," ujarnya.
Untuk rekod, Ashira pernah mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Indigo, Bad pada 11 Mac tahun lalu selepas bertemu ketika menyertai musim ketujuh program realiti, Gegar Vaganza (GV7).
Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk bercerai cara baik pada Jun 2022.
Ini adalah perkahwinan kedua masing-masing. Dalam perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.
Amri Hassan
Fri Sep 30 2022


Rakaman Suara Didakwa Milik Aisyah & Alif Tersebar Yang Sedang Bergaduh Tersebar? – “Hari Ni Abang Akan Masuk Lokap…”
Rakaman suara didakwa milik Aisyah & Alif pula tersebar

Meerqeen Akui Serba Salah Bila Digosipkan Bercinta Dengan Ameera Khan
Meerqeen jawab isu bercinta dengan Ameera Khan

Lebih Sebulan Tutup Aurat, Fara Mendoza Kembali Seksi, Netizen: “Takpe Yang Penting Jiwa Tak Kacau”
Fara Mendoza kembali seksi

#GMWA23: Dr. Say, Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Projek: High Council & DAMELO Antara Yang Tersenarai Dalam Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023
Siapakah pilihan hati untuk edisi GMWA kali ini?
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 3]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 1]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 2]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023

Video Porno Pemain Bola Sepak Negara Korea Selatan Tersebar
Video tersebut didakwa dirakam secara curi

Nas Muammar Zar Jadi Keluang Man, Ini Fakta Animasi Adiwira Yang Mengangkat Martabat Pesakit Mental
Fakta menarik tentang Keluang Man

Peminat Tanya Kenapa Marketing Album Baharu Tak Jalan, Ini Jawapan Penuh Hemah Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza jawab pertanyaan peminat