Tindakan pelakon Eyka Farhana memuat naik sekeping foto bersama dua lelaki luar negara yang hanya berseluar dalam mengundang kecaman netizen.

Eyka yang sedang bercuti di Phuket, Thailand memuat naik gambar tersebut kelmarin ketika sedang bersiar-siar di pesisir pantai.

"Meet my new bodyguards," tulis Eyka pada kapsyen foto berkenaan.

Meet my new bodyguards ✌?

A post shared by Eyka Farhana ? (@eykafarhana) on



Gambar yang tular itu telah mendapat lebih 1,400 komen terutama berbaur negatif dan lebih 67,000 likes.

"Aku minat gila kat budak nama Eyka Farhana ni. Lawa gila tapi sekarang semakin tak senonoh sangat," tulis salah seorang pengguna.

Malah, ada juga segelintir netizen yang menulis komen-komen negatif dan menyentuh penampilan pelakon filem Polis Evo itu.

Ada juga yang menyelar tindakan Eyka membiarkan gambar itu terpampang di Instagramnya biarpun menerima pelbagai kritikan netizen.

"Masalahnya si Eyka ni macam syok je orang komen lucah, lansung tak nak padam gambar. Seronok pulak dia," tulis peminatnya.




Eyka pernah mencuri tumpuan umum apabila sepotong video lucah mirip wajahnya tersebar sekitar September tahun lalu.

Baca: Video Lucah, Saya Masih Waras Untuk Melakukan Perkara Terkutuk Itu - Eyka Farhana

Bagaimanapun, Eyka menafikan perkara terbabit.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @eykafarhana