Bergaya Sempoi, Linda Rafar Tetap Nampak Cantik Di Majlis Hari Jadi Anaknya

Mya Amri
September 27, 2017 14:06 MYT
Pelakon Linda Rafar baru sahaja selesai menyambut ulang tahun kelahiran anak keduanya, Syed Rezariiq yang keenam.
Majlis tersebut disambut meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat-sahabat terdekat bertempat di Vine Cafe, Starling Mall sebentar tadi.
Linda yang hadir dengan bergaya ‘sempoi’ tetap kelihatan manis dan cantik sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Kakak kepada aktres Diana Rafar ini turut berkongsi beberapa foto menarik yang merakamkan detik indah majlis tersebut menerusi akaun Intagram (IG)nya beserta hashtag #ariiqturns6.
Ariiq juga tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan asyik tersenyum sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Di sini kami kongsikan beberapa foto menarik yang diambil menerusi IG Linda:
#pelakon #Pelakon #Linda Rafar #Hari Jadi