Hiburan

Bergaya Seperti Model, Wajah Kacak Lee Kwang Soo Tarik Perhatian

gempak
Ahmad Shah
24/11/2015
09:21 MYT
Sponsor Banner
Bergaya Seperti Model, Wajah Kacak Lee Kwang Soo Tarik Perhatian
Syarikat pengurusan pelakon Lee Kwang Soo, King Kong Entertainment mendedahkan beberapa foto sebalik tabir pengambaran majalah Cosmopolitan khas buat tatapan peminat.
Lee Kwang Soo yang juga pengacara Running Man sebelum ini terkenal dengan perwatakannya yang selamba dan selekeh dalam program itu ternyata mengubah tanggapan peminat terhadap dirinya.
Dengan wajah sedikit serius, berpakaian kemas dan berkemeja putih, Lee Kwang Soo kelihatan begitu kacak persis seorang model.
Disebabkan foto itu, Lee Kwang Soo menjadi perbualan hangat di kalangan peminat dan rata-ratanya terkejut dan terpegun dengan kekacakkan aktor tinggi lampai itu.
Malah ada juga diantara mereka yang meminta menyatakan hasrat untuk melihat Lee Kwang Soo kembali menjadi model dan berjalan di atas pentas sambil menggayakan baju pereka fesyen ternama.
Lee Kwang Soo atau popular dengan gelaran Zirafah pernah menjadi model satu ektika dahulu namun mengambil keputusan berhenti untuk memberi fokus kepada bidang lakonan.
Susunan Semula: Mya Amri
Sumber: Soompi, Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live