Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bergelar OKU Penglihatan Tak Halang Semangat Dinie Rashid Dalam Big Stage 2020!

Asraf Aided 12/08/2020 | 23:30 MYT
Penyanyi dan peserta Big Stage 2020, Dinie Rashid yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan bersedia untuk bersaing dengan peserta normal yang lain.
Menurut Dinie, dia mahu keluar dari zon selesa dan melakukan perbezaan terhadap diri sendiri.
"Saya keluar dari zon selesa dan akan bersaing dengan peserta lain yang normal dalam pertandingan ini, ini merupakan satu perkara yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.
"Saya sudah fikir masak-masak, sekarang saya bersedia untuk melakukan perbezaan pada diri sendiri," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Dinie, dia berharap agar penyertaannya dalam Big Stage 2020 dapat membawa namanya ke peringkat lebih jauh dalam industri hiburan.
"Saya berharap dengan menyertai Big Stage, hala tuju saya dalam bidang seni dapat dibawa lebih ke depan.
"Sebelum ini saya pernah tampil dengan single sendiri dan sambutannya agak menggalakkan, namun nama saya masih belum mendapat perhatian," katanya lagi.
Difahamkan, Dinie mengalami masalah penglihatan sejak berusia 9 tahun.
Penglihatannya sekarang hanya boleh dilihat dalam kadar 20 peratus sahaja.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini, 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
BACA : [SENARAI PENUH]: Usop, Anak Jamal Abdillah Dan Doktor Gigi Viral Antara 12 Peserta Big Stage 2020
#Big Stage 2020 #Dinie Rashid #OKU Penglihatan
;