Hiburan

Bergerak Solo Bukan Kerana Ada Masalah Dengan Salam Musik - Eyza Bahra

gempak
Rozaimi Zubaidi
15/03/2017
14:03 MYT
Sponsor Banner
Bergerak Solo Bukan Kerana Ada Masalah Dengan Salam Musik - Eyza Bahra
Bekas penyanyi Salam Muzik, Eyza Bahra menegaskan keputusannya untuk bergerak secara solo bukan kerana mempunyai masalah dengan kumpulan tersebut.
Eyza atau nama sebenarnya Noranieyzah Bahra, 29, berkata, dakwaan sesetengah pihak mengenai dia dan Salam Musik berselisih faham sebelum pengundurannya adalah tidak benar.
"Hubungan saya bersama anggota kumpulan Salam Muzik amat baik dan kami tidak pernah bergaduh seperti didakwa sesetangah pihak.
“Saya keluar secara baik selepas perbincangan dengan semua anggota lain dan terus-terang saya katakan tidak mudah untuk membuat keputusan tersebut.
“Banyak pengalaman berharga, manis dan pahit saya ketika bersama mereka yang tidak mungkin saya lupakan.
"Saya sebenarnya ingin keluar dari zon selesa dan mencari kelainan selepas tujuh tahun bersama Salam Muzik.
"Walaupun sudah bergerak solo, saya masih berhubung dengan mereka dan tidak ada masalah untuk bekerjasama selepas ini," katanya kepada Astro Gempak.
Eyza Bahra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Suara, di Neway Karaoke Box One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Bercerita mengenai album, Eyza berkata, Suara mengandungi lapan buah lagu yang diterbitkan oleh Dj Fuzz dan ini merupakan album sulungnya selepas bergerak secara solo.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024