gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Dapur Pun Kena Basmi Kuman, Stok Makanan Sedia Ada Kena Buang" - Michael Ang Masih Khuatir, Beri Saranan Buat Kieda Crepe
VIRAL
Wanita Terjun Feri Dipercayai Dirasuk!
HIBURAN
Kim Seri Tak Pernah Rasa Malu Dengan Pekerjaan Suami - “Ada Yang Komen Suami Kerja Hotel Je…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Berhenti Kata Saya Mira Filzah, Saya Juara Dewi Remaja 2022” – Tracie Sinidol Mahu Cipta Nama Dengan Bakat Sendiri

Shahrin Zulkifle
Shahrin Zulkifle
07/09/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
“Berhenti Kata Saya Mira Filzah, Saya Juara Dewi Remaja 2022” – Tracie Sinidol Mahu Cipta Nama Dengan Bakat Sendiri
Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol menjelaskan dia tidak mahu lagi namanya dikaitkan dengan pelakon Mira Filzah kerana dikatakan memiliki wajah yang seiras.
Menurut gadis berusia 21 tahun itu, dengan kejayaan yang diperolehi menerusi program tersebut, dirinya yakin mampu membina nama di atas bakat sendiri tanpa dibayangi aktres berkenaan.
“Terima kasih kepada Tuhan sebab saya sudah berjaya mencipta satu lagi kejayaan dalam hidup saya. Jadi berhentilah cakap saya ini kembar Mira Filzah, saya ialah juara Dewi Remaja 2022.
“Dengan kejayaan ini saya anggap ianya mampu menutup gelaran-gelaran yang pernah diberikan orang ramai untuk buktikan saya boleh berdiri dengan bakat saya sendiri tanpa dibayangi orang lain.
“Bukan saya tidak suka apabila dikaitkan dengan wajah Mira Filzah, sebaliknya saya anggap perkara itu sebagai satu bonus sahaja.
“Saya percaya juga pada masa hadapan akan ada lebih ramai lagi pendatang baharu dalam industri seni, jadi saya tidak mahu nama saya tenggelam, saya perlukan identiti diri saya sendiri supaya orang kenal,” ujarnya kepada Gempak.
Tracie berkata demikian ketika ditemui usai acara kemuncak program Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil minggu lalu.
Dalam pada itu, ditanya adakah benar tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan ramai rakyat Sabah memiliki bakat terpendam, Tracie menjawab perkara tersebut adalah benar.
Namun disebabkan kekurangan platform yang sesuai, mereka tidak mampu menyerlahkan bakat yang ada.
“Saya boleh katakan, rakyat negeri Sabah ramai yang mempunyai bakat namun mereka terpaksa pendam sahaja disebabkan kami kekurangan platform untuk serlahkannya.
“Dengan kejayan saya memiliki ini, ingin saya buktikan rakyat Sabah boleh pergi jauh seandainya mereka berani keluar dari zon selesa,” tambahnya.
Untuk info, selaku Juara Dewi Remaja 2022, Tracie berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM10,000 dan trofi beserta sebentuk tiara.
BACA: Gadis Sabah, Tracie Sinidol Dinobatkan Juara Dewi Remaja 2022
BACA: Tracie Sinidol Tak Kisah Kalau Rakan Seperjuangan Famous Dulu – “Kejayaan Mereka, Kejayaan Saya Juga”
Topic Berkaitan
#Mira Filzah
#Dewi Remaja 2022
#Tracie Sinidol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement