,
Hiburan

Berhibur Bersama Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan & Ramai Lagi Sempena Ulang Tahun Ketiga JOOX di IN Festival : Influencers 2018!

Kamaruddin Razal
14/09/2018
11:19 MYT
Bersempena dengan ulang tahun ketiga aplikasi JOOX dan IN Festival : Influencers 2018, mereka ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka menerusi Tremendous JOOX Live Concert pada Sabtu, 22 September, dari pukul 7.30 malam di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Peminat aplikasi muzik popular ini bakal berhibur dalam suasana pesta bersama-sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See!
“Kami sangat teruja untuk mengumumkan barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert. Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan JOOX, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut.
”Bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil di malam konsert terus meningkat, dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini.
“Ini merupakan cara kami menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong JOOX selama tiga tahun beroperasi.
“Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang dan kami berharap dapat terus menyediakan peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat!" ujar Angie Tan selaku Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX.
Peminat hanya perlu membeli JOOX VIP untuk mendapatkan 1 pas masuk biasa, atau JOOX VIP tiga bulan untuk mendapatkan 1 pas masuk VIP ke Tremendous JOOX Live Concert. Kad VIP boleh dibeli melalui JOOX atau di mana-mana cawangan 7-11 (terhad kepada Malaysia Barat), bermula Khamis, 6 September.
Bagi mereka yang membeli kad VIP dari cawangan 7-11, jangan lupa untuk membawa kad tersebut ke RedBox The Gardens atau RedBox Low Yat Plaza mulai 13 September (Khamis) hingga 17 September (Isnin) bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang untuk menebus Pas masuk anda. Jangan ketinggalan kerana Pas masuk adalah terhad.
Jika anda membeli kad melalui JOOX, anda akan menerima mesej pengesahan yang anda perlu tunjukkan di kaunter penebusan untuk masuk. Anda juga boleh melawat laman Facebook JOOX Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai cara menebus pas masuk anda.
JOOX juga turut menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, termasuk JOOX P2P Live, yang membolehkan anda merasai P2P secara langsung dan bertemu artis / VJ kegemaran anda seakan di studio, pada hari IN Festival: Influencers 2018 pada 22 September dan 23 September, dari 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat juga booth karaoke, video mini VOOV, (di mana pengunjung boleh membuat video mini!) dan putaran percuma 'wheel of fortune' (terma dan syarat dikenakan).
Jangan lupa untuk singgah sebelum konsert bermula mendapat beberapa hadiah percuma atau mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama serta bertemu dengan Social Influencers dari seluruh Asia Tenggara!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.