Hiburan
Dah 2025, Masih Ramai Keliru Wajah Mimi Ernida & Reen Rahim - "Nampak Seiras, Tapi Tona Kulit ..."
"Mimi Ernida dan Reen Rahim ni kembar ke? Atau adik beradik?" demikian sapaan ramai peminat yang sering keliru dengan penampilan dua pelakon cantik, Mimi Ernida dan Reen Rahim.
BERITA TRENDING: [VIDEO] “Bukan Copy Ori Ni, Memang Sebijik!” – Ramai Puji Mimi Ernida Sama Macam Alia Bhatt!
Sering menghadapi situasi begini, dua aktres jelita itu seakan lali dengan 'kesilapan' kecil yang dilakukan oleh peminat, bahkan ada juga yang menganggap mereka berdua mempunyai pertalian kekeluargaan.Menjalinkan hubungan baik sebagai teman, foto perkongsian terbaharu Mimi dan Reen di laman sosial Instagram dan TikTok masing-masing beberapa hari lalu meraih perhatian.
Foto mereka di Instagram meraih lebih 16,000 tanda suka manakala perkongsian di akaun TikTok mendapat lebih 620,000 tontonan.
Menurut Mimi, orang ramai terkeliru dirinya dan Reen, malah peminat juga sering tersilap.
"Ramai sangat yang keliru antara kami berdua. Kalau saya buat siaran langsung di TikTok dan mula memanggil nama saya dengan nama Reen Rahim.
"Begitu juga komen di video-video saya, orang komen nama Reen. Pernah juga di luar, peminat menegur saya dengan nama Reen dan mahu mengambil foto bersama saya," kata Mimi.
BERITA TRENDING: Dua Tahun Tak Ada Tawaran Berlakon, Mimi Ernida Sebak Kongsi Pengalaman Lalui Fasa ‘Struggle’ - “Sampai La Satu Tahap, Bila Orang…”
Mula mengenali diri masing-masing sejak sembilan tahun lalu, Mimi mendedahkan mereka tidak pernah bergandingan dalam mana-mana karya seni."Kali pertama kami berjumpa 2016. Sampai sekarang kami baik. Walaupun jarang jumpa dan tidak pernah berlakon dalam satu naskhah yang sama, saya tahu Reen adalah kawan yang selalu ada untuk saya. Jika berjumpa tu, ada macam-macam cerita yang kami kongsikan," kata Mimi lagi.
Tambah Reen, biarpun orang ramai sering tersilap, mereka berdua ada perbezaan yang ketara.
"Ramai peminat keliru antara saya dah Mimi. Tapi sebenarnya, kami berbeza. Mungkin ada beberapa bahagian wajah nampak seiras, tapi tona kulit Mimi lebih cerah berbanding saya. Mimi lebih manis, sedangkan saya pahit," selorohnya sambil ketawa.
BERITA TRENDING: “Memang Pedas Tapi Geram Sangat…” - Reen Rahim Ulas Isu Ibu Bapa Pilih Kasih Disalah Erti
Reen turut mengakui dia turut selesa berkawan dengan Mimi dan berkongsi pelbagai cerita."Sejak saling berkenalan, kami memang ngam. Kami tak selalu berjumpa tapi apabila kami bertemu, memang kami sering berkongsi perkembangan seperti teman baik. Kami bercerita hal kehidupan, kerjaya, bisnes dan banyak lagi. Saya boleh katakan Mimi memang kawan yang baik," katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai tujuan sesi penggambaran diadakan, Mimi dan Reen sedang merancang kolaborasi istimewa kempen She Rise yang menggabungkan mereka berdua.
Kempen yang bakal dilancarkan pada 31 Januari ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita kepentingan menjaga kesihatan dalam dan luaran, selain peluang menjana pendapatan.
BERITA TRENDING: Dikatakan Mirip, Agy Dedah Tidak Mempunyai Pertalian Saudara Dengan Reen Rahim
Kempen She Rise bakal menggabungkan jenama CYoung Glowing, produk kecantikan pelbagai manfaat oleh Mimi dan Qu' Yus Premium Coffee, produk organik untuk membantu mengawal selera makan yang diusahakan oleh Reen."Insya-Allah, kami bakal muncul dengan kolaborasi istimewa yang bermatlamat untuk menzahirkan versi terbaik diri secara dalaman dan luaran.
"Memandangkan kami berdua kini sedang berjinak dalam bidang bisnes, kami mahu membantu wanita di luar sana menjana pendapatan.
"Kami mungkin dua individu berbeza, tapi hasrat dan misi kami sama. Mahu membantu ramai orang di luar sana, terutamanya wanita. Nantikan pengumuman istimewa kami di platform media sosial masing-masing Insya-Allah," kata Mimi menutup bicara.
Must-Watch Video