Berita
Beri Amaran Dalam Gurauan, Che Ta Tujukan Kepada....
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tampil memberi nasihat kepada suaminya, actor Zain Saidin supaya jangan membandingkan dirinya dengan wanita lain.
Menerusi entri di Instagram, Che Ta menjelaskan seorang isteri adalah pembawa rezeki kepada suami dan itu merupakan pilihan yang lakukan oleh mereka sebelum berkahwin.
"Isterimu adalah rezekimu. Isterimu adalah pilihanmu. Isterimu adalah takdirmu.
"Maka jangan memandang kepada selain milikmu, dan jangan membanding-bandingkannya dengan wanita yang bukan milikmu. @zainsaidin23. #warningdalamgurauan," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan berharap hubungan mereka kekal selamanya.
"@klubnalalehkuantan: Semoga diberikan kebahagiaan dan dibukakan pintu rezeki. Kakak like ayat tu."
"@raziqpo: Semoga bahagia selamanya buat Zain dan Cik Ta."
"@sns_shada: Romantiknye. Semoga kekal ke jannah. So sweet of you."
"@outerwarid: Betul tu. Isteri adalah pembawa rezeki buat suami. Jadi jagalah dengan sebaiknya. Semoga kekal bahagia Che Ta."
Terdahulu, hasil perkahwinan mereka pada tahun 2013, Che Ta dan Zain dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain.
Sebelum ini, Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan yang pertamanya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Must-Watch Video