Pelakon Akhmal Nazri kini memberikan fokus terhadap bidang pengacaraan.

Mula dikenali dengan watak Jibam dalam drama bersiri Oh My English, Akhmal semakin selesa untuk berinteraksi di hadapan kamera sebagai pengacara.

"Alhamdulillah, tawaran dalam bidang seni tidak putus-putus dan saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

"Buat masa ini, saya lebih terarah kepada bidang pengacaraan program televisyen serta majlis-majlis kerana banyak tawaran yang datang.

"Saya baru sahaja selesai mengacarakan program Jalan-Jalan Makan Angin untuk musim terbaru sebanyak 13 episod bersama Atu Zero," katanya.



Akhmal juga menjelaskan sebab mengapa dia kelihatan kurang aktif dalam bidang lakonan.

"Ada tawaran berlakon, tapi selalunya 'clash' dengan kerja-kerja dalam bidang pengacaraan. Saya takkan melupakan bidang lakonan kerana ia memperkenalkan nama saya dalam bidang hiburan.

"Saya minat sangat dengan dunia lakonan dan saya juga ada belajar asas lakonan, tetapi rezeki kini lebih terarah dalam bidang pengacaraan.

"Insya-Allah jika ada tawaran dan masa yang sesuai, semestinya saya akan kembali di set penggambaran telefilem atau drama bersiri," katanya lagi.



Akhmal ditemui di majlis pelancaran Astro Ultra Box di Sunway Pyramid semalam.

BACA: "4 Kali Ganda Lebih Jelas & Puas Hati!" - Astro Lancar Astro Ultra Box, Tawarkan Pengalaman 4K UHD

Dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan terbaik dengan Astro Ultra Box yang baharu.



Pengalaman Ultra merangkumi ciri-ciri seperti 4K UHD, Rakaman Awan (‘Cloud Recording’), paparan pengguna baharu yang lancar ditawarkan kesemua peranti, cadangan kandungan yang diperkukuhkan mengikut padanan tontonan, fungsi ‘play from start’ dan keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak.

Kesemua ciri-ciri ini boleh didapati melalui Ultra box baharu dan Astro GO. Selain itu, Ultra Box juga membolehkan peminat sukan untuk menikmati UEFA EURO 2020, Liga Perdana, Formula 1 dan La Liga dengan pengalaman 4K UHD pertama di Malaysia.