Hiburan
Beri Inspirasi Untuk Berusaha, Fauzi Nawawi Idolakan Rosyam Nor
Pelakon Fauzi Nawawi akui aktor Datuk Rosyam Nor adalah idolanya sebelum melangkah ke dalam industri seni.
Menurut Fauzi semangat yang ada pada Rosyam memberi inspirasi kepadanya untuk terus berusaha.
"Sebelum saya masuk dalam industri seni, dia adalah idola saya.
"Apa yang membezakan kami ialah Rosyam jauh lebih berjaya daripada saya.
"Kita boleh tengok dari segi perniagaan dan pencapaiannya dalam bidang seni.
"Dia memberi inspirasi kepada saya untuk terus berusaha," katanya kepada Gempak.
Tambah Fauzi dia tidak pernah berasa takut dengan mana-mana pesaing dalam watak jahat.
"Saya tak pernah takut dengan siapa pesaing saya dalam membawa watak jahat.
"Saya percaya setiap pelakon ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri," katanya lagi.
Mulai bulan Ogos, Fauzi akan mula menjalani penggambaran filem Coast Guard yang akan dijalankan di sekitar Langkawi, Perlis dan Kuantan.
Selain Fauzi, filem yang diarahkan oleh pengarah tersohor tempatan, Hashim Rejab turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Saharul Ridzwan, Emma Maembong, Julia Farhana, Sabri Yunus, Aziz M Osman, Hazama, Black dan ramai lagi.
Must-Watch Video