,
Laman Utama

Beri Laluan PRU15, Episod Akhir One Cent Thief Ditunda, Netizen Kata “Oh No! Derita Jiwa Macam Ni”

Mya Amri
18/11/2022
09:57 MYT
Nampaknya hasrat netizen untuk melihat tayangan episod akhir drama premium terbitam Astro Originals, One Cent Thief minggu ini tidak kesampaian.
Hal ini kerana drama hebat itu menangguhkan tayangannya ke minggu hadapan bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum ke - 15 (PRU15) yang berlangsung pada Sabtu.
Perkara itu diumumkan menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram rasmi Astro Shaw.
Dalam pada itu menerusi video tersebut, para pelakon One Cent Thief juga turut mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sementara itu, netizen juga memberikan reaksi lucu seolah-olah patah hati sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.
“Penantian ini teramatlah panjang… #OneCentThief”
“Aduh next week la baru tau Iman kena game,”
“Oh noooooo, aku dah ready kot nak tengok, derita lagi lah jiwa nak tunggu macam ni, sobs,” komen beberapa netizen.
Jangan lupa saksikan One Cent Thief, setiap Sabtu, jam 9 malam.
One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Drama premium yang mengetengahkan genre jenayah thriller ini merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo yang turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki.
Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penganjur Mohon Maaf, Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu Ditunda

gempak
30/10/2024
12:25 MYT
Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu terpaksa ditunda atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Hiburan

One Cent Thief Rangkul Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024!

gempak
26/10/2024
14:33 MYT
Syarikat hiburan dan kandungan terkemuka Malaysia, Astro berjaya merangkul Anugerah Drama Bersiri (TV) Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2024.
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Hiburan

X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan

gempak
30/07/2024
13:25 MYT
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 57, mendedahkan bahawa watak gengster yang dibawakan di dalam siri terbaharu terbitan Astro Originals, X-Change mempunyai nilai tersendiri.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Unitar