Hiburan
Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen
Susulan kelantangannya bersuara tentang isu Abang Bas, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima pelbagai kecaman daripada warganet.
Menerusi hantaran Uyaina di Instagram Story, pengacara berusia 31 tahun itu berkongsi beberapa tangkap layar komen kritikan yang diterima.
Dituduh Penunggang
Tidak terhenti di situ, Uyaina atau pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad turut dituduh sebagai seorang 'penunggang' kerana dianggap gemar memberi pendapat tentang isu yang sedang tular."Asal kes viral nak menyelit...
Advertisement
Sekadar info, Uyaina sebelum ini memuat naik video di TikTok memberikan pandangan peribadinya berkaitan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang dilabel sebagai pedofilia dek kerana kontennya yang menjurus ke arah seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
BERITA TRENDING: Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”
BERITA TRENDING: Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”
BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”
BERITA TRENDING: Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari
Bagaimanapun, ulasan yang diberikan aktres tersebut menerima reaksi bercampur baur pengguna media sosial.Imbas kembali, pemandu bas berkenaan telah pun ditahan di Simpang Renggam pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a) (iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai 'crush' atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.
Must-Watch Video