Beri Sebab Berdiam Diri, Ibu Luah Kerinduan Pada Zayn: “Jumpa Lagi Ya Abang”
Maliah Surip
09/12/2023 06:55 MYT
09/12/2023 06:55 MYT
Pada saat pemergiaan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan masih menjadi pemberitaan penting media massa, ibunya Ismanira Abdul Manaf berdiam dan tidak dapat dihubungi.
"Assalamualaikum semua, maaf saya tak dapat nak reply WhatsApp, dm, atau call buat masa ini, phone saya dan suami masih lagi pihak polis pegang untuk membantu siasatan," tulisnya di Instagram Story.
Menerusi hantaran sama, Ismanira juga mengucapkan terima kasih kepada semua mendoakannya.
"Mohon maaf ya, bukan saya ignore. Instagram ni saya log in guna phone lain, pinjam phone orang.
"Terima kasih semua yang mendoakan, saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan, saya masih lagi tak stabil emosi. Ini ujian paling berat dalam hidup.Ya Allah tabahkanlah aku," tulisnya.
Pada foto dirinya menyusukan seorang kanak-kanak dipercayai Zayn semasa kecil, Ismanira meluahkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu.
"Jumpa lagi ya abang, tunggu mommy tau abang, mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang, abang tetap anak sulung mommy sampai bila bila, tiada ganti.
"Maafkan mommy kalau banyak kekurangan sepanjang mommy membesarkan abang," tulisnya.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Sehingga kini pihak berkuasa giat mengesan suspek yang dipercayai mungkin mempunyai rekod jenayah seksual dan menolak spekulasi seperti Zayn didera oleh kedua ibu dan bapanya.
BERITA TRENDING: Leher Zayn Rayyan Ada Kesan Cedera, Rakyat Malaysia Doa Pelaku Ditangkap
Rupa-rupanya Ismanira, 28, bukan sengaja berbuat demikian sebaliknya memaklumkan tidak memberi respons kepada semua pihak kerana telefon bimbit beliau dan suami, Zaim Ikhwan Zahari masih berada dalam simpanan pihak polis."Assalamualaikum semua, maaf saya tak dapat nak reply WhatsApp, dm, atau call buat masa ini, phone saya dan suami masih lagi pihak polis pegang untuk membantu siasatan," tulisnya di Instagram Story.
Menerusi hantaran sama, Ismanira juga mengucapkan terima kasih kepada semua mendoakannya.
"Mohon maaf ya, bukan saya ignore. Instagram ni saya log in guna phone lain, pinjam phone orang.
"Terima kasih semua yang mendoakan, saya mohon semua doakan saya diberikan kekuatan, saya masih lagi tak stabil emosi. Ini ujian paling berat dalam hidup.Ya Allah tabahkanlah aku," tulisnya.
Pada foto dirinya menyusukan seorang kanak-kanak dipercayai Zayn semasa kecil, Ismanira meluahkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu.
"Jumpa lagi ya abang, tunggu mommy tau abang, mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang, abang tetap anak sulung mommy sampai bila bila, tiada ganti.
"Maafkan mommy kalau banyak kekurangan sepanjang mommy membesarkan abang," tulisnya.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
BERITA TRENDING: Polis Sahkan Zayn Rayyan Mati Dibunuh
Mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.Sehingga kini pihak berkuasa giat mengesan suspek yang dipercayai mungkin mempunyai rekod jenayah seksual dan menolak spekulasi seperti Zayn didera oleh kedua ibu dan bapanya.