Sempena Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menjelang tahun ini, Astro TutorTV mahu memberi galakan kepada para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan sebaiknya.

Oleh yang demikian, sebuah program secara langsung, #SPMPROPLUSXTREME diperkenalkan!

#SPMPROPLUSXTREME adalah program 24 jam yang memuatkan sesi live selama 9 jam bersama tenaga pengajar SPM PRO+. Ia akan berlangsung pada 21 hingga 22 Januari ini bermula 9 malam dan berakhir pada 9 malam berikutnya.

Menariknya juga, program ini boleh ditonton menerusi platform berbeza seperti On Demand, Astro GO, Astro TutorTV (saluran 603) diikuti platform pendidikan percuma Astro iaitu Upped (upped.com.my).

Sesi-sesi tersebut akan dihoskan oleh Isha Norsham dan dibimbing oleh tutor SPM PRO+ yang handal seperti Iqbal Ahyar, Ifwat Rosdi, Shahoran Samsudin, Syuhadak Seplee, Maryam Khan, Farez Atan dan Ustaz Abah. Mereka semua menggalas tanggungjawab memberi respon kepada soalan pelajar berkaitan subjek-subjek SPM.

Dalam pada itu, #SPMPROPLUSXTREME akan menampilkan selebriti undangan seperti Imran Aqil dan Marc Saddique.

Ketika program secara langsung, para pelajar boleh menghantar soalan berkaitan menerusi ROGER PRO yang berada di laman web Upped. Soalan yang terpilih kemudiannya akan dijawab ketika sesi live.

Bukan itu sahaja, para pelajar yang menonton #SPMPROPLUSXTREME juga berpeluang untuk berinteraksi bersama tenaga pengajar semasa sesi live dengan menggunakan ciri ROGER PRO dan berpeluang untuk menang hadiah menarik!

Tertinggal sesi live? Jangan risau kerana ulangan dapat ditonton bila-bila masa di On Demand, strim di Astro Go, Astro TutorTV dan upped.com.my.