Skip to main content

Berita Tempatan

Berjauhan Dengan Suami, Raja Azmi Terima Ucapan Istimewa Sempena Hari Wanita

rajaazmisuami.jpg
Penerbit dan pelakon Raja Azmi Raja Sulaiman terharu apabila menerima ucapan istimewa sempena Hari Wanita daripada suaminya, Mohd Eddie Ghazali.

Raja Azmi berkata ucapan itu sangat bermakna kerana dia dan suaminya kini sedang tinggal berjauhan.

“Jarang Eddie luahkan perasaan dia pd KakMi. Sempena 'hari wanita' hari ni KakMi minta dia luahkan..bestnya rasa hatiku Eddie nun di atas Genting Highland bertugas.

“Hujung minggu cuti baru dia akan balik. Tapi bila KakMi free KakMi akan ke Genting teman dia. Gitulah rutin kami sejak Oktober 2018. Yg penting kami happy berindu-rinduan..” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan Raja Azmi di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut itu dia berkongsi ucapan dari suaminya yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.
 
Rata-rata pengikutnya turut memuji suami Raja Azmi dan mendoakan agar mereka berbahagia hingga selamanya.

Raja Azmi dan Eddie berkahwin kali kedua pada 26 Februari 2016 selepas bercerai pada 11 November 2014.

Pasangan itu berkawhin kali pertama pada 13 Oktober 2013.
 

Advertisement

Must-Watch Video