Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berjaya Cuit Penonton, Remy Ishak Raih Perhatian Menerusi The Experts!

Maliah Surip
02/06/2024 08:55 MYT
Filem The Experts kini mendominasi pawagam apabila mencatat kutipan RM5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Selain plot cerita yang menarik, barisan pelakon filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini juga menjadi tarikan The Experts.

Cuit hati

Salah seorang pelakon yang mencuri hati peminat adalah Remy Ishak. Remy membawakan watak Amer yang merupakan adik ketiga daripada lima beradik.

Berbeza dengan empat adik beradik yang lain iaitu Datuk Aaron Aziz (Farid), Syafiq Kyle (Keyrol) Mimi Lana (Emma), Ray DapDap (Lan), Remy telah berjaya mencipta watak Amer dengan ‘sangat nakal’ dan cemerlang.

Menerusi Amer, penampilan Remy kelihatan sebagai gangster yang kuat membantah, pemalas (seperti salah satu dialog Farid) dan ‘liar’.

Malah meski ‘bukan orang tengah’, Remy berjaya menggeletek hati penonton menerusi aksinya yang bersahaja serta penyampaian setiap dialog yang dilontarkan.

Bukan hanya aksi tarian bersama Maya Karin cukup menjadi, Remy juga mencuri tumpuan penonton lewat lakonan bersahajanya sebagai Amer.

Ia seterusnya mempamerkan kredibiliti Remy sebagai seorang aktor versatil yang tidak ‘mati’ meski diberi hanya sedikit peranan atau berganding dengan lebih seorang pelakon utama.

Berikut merupakan maklum balas penonton mengenai lakonan danwatak Remy dalam The Experts:









Selain Remy, The Experts turut dibintangi Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: The Experts Diserbu! Jadi Pilihan Warga Johor Untuk Ditonton Di Pawagam

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

ARTIKEL BERKAITAN: Filem The Experts Ungguli Box Office, 4 Hari Tayangan RM5 Juta!

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Remy Ishak #The Experts #Amer #Sariban Korti