Berita
Berjaya Kurangkan Berat Sebanyak 13 Kilogram Dalam Masa Sebulan, Azri AF9 Kongsi Tips
Peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah mengakui mengambil masa selama sebulan untuk menurunkan berat badan sebanyak 13 kilogram.
Menerusi entri di Instagram (IG), Azri mengakui puas dengan perubahan berlaku dan dia juga sempat berkongsi beberapa tips yang diamalkan sepanjang proses penurunan berat badannya.
"Latest update about my weight. 91 kilogram last september 2018. Now 78 kilogram. Very satisfied with my progress.
"I think I deserve cheat day meals tomorrow. Hahahaa. ok esok nak makan banyak-banyak. nyumm nyumm!
"Ohh ya, kalau siapa nak taw apa diet plan saya. Saya agak extreme sikit. Puasa selama 12 jam. Bila time berbuka, saya only take one meal a day.
"So meal saya mesti kena ada carbs, protein, multi vitamins. Kira balance food la. Errr kalau nak taw lebih details tentang diet ni, boleh search pasal Intermittent Fasting. Ok bubye," tulisnya.
Rata-rata memuji Azri yang konsisten untuk mendapatkan tubuh badan idamannya dan mereka juga berharap dia terus mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Must-Watch Video