Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Berkawan 4 Tahun, Luqman Hafidz Akhiri Zaman Bujang Dengan Wanita Pilihan

ZULHILMI JALIL 20/03/2020 | 15:24 MYT
Pelakon Luqman Hafidz selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Nurul Atiqah Mad Apandi dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup petang tadi.
Luqman atau nama sebenarnya, Muhd. Luqman Hafidz Mohd. Fauzi, 29, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri di kediamannya di Bandar Mahkota Cheras, Selangor pada pukul 4 petang.
"Saya baru sahaja menamatkan zaman bujang saya bersama pasangan saya Nurul Atiqah.
"Majlis persendirian ini dihadiri wakil keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan. Hanya 10 orang termasuk tok kadi dan saksi sewaktu majlis. Alhamdulillah semuanya sudah selesai," katanya ketika dihubungi Gempak.

Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan zaman bujang saya bersama pasangan saya Nurul Atiqah. Majlis persendirian ini di hadiri wakil keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan, selaras dengan peraturan yg ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha mencegah covid19. Alhamdulillah semuanya sudah selesai. In sya Allah majlis sanding akan di lakukan sesudah selesainya kemelut covid19. Terima kasih yg mendoakan, dan semoga anda semua sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin.

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx) on

Jelasnya, dia sudah mengenali Nurul Atiqah, 29, yang bekerja dalam sektor hartanah sejak empat tahun lalu.
Dalam pada itu, pelakon filem Ola Bola itu berkata, majlis persandingan akan diadakan kemudian, selepas selesai kemelut COVID-19 yang sedang melanda negara.
#pelakon #Kahwin #Luqman Hafidz #Kahwin #Pelakon
;