Pelakon dan Pengarah, Datuk Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.
Dalam satu laporan Polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2017, Farid juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak Polis semasa ditahan reman kerana menyerang Polis dan orang awam.
Berdasarkan laporan yang diterima akhbar Malay Mail, Farid menuduh tiga rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.
Selain itu, Farid juga melaporkan yang dia tidak begitu waras ketika itu disebabkan minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.
Ketiga-tiga rakan artis termasuk pelakon dan pengarah, penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon yang tidak dapat didedahkan namanya.
Selain daripada minumannya, Farid juga mendakwa dia diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair daripada ketiga-tiga rakannya itu sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.
Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak Polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai Polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya.
Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu ditahan.
Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuan bertukar ganas.
“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan”, katanya.
Sumber : Malay Mail
Rozaimi Zubaidi
Sun Feb 04 2018
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Ajai Tak Peduli Orang Maki, Jujur Mengkritik Lebih Penting? | No Filter - EP04
"Siapa tak kenal kelantangan Ajai kalau bagi komen dekat peserta pertandingan nyanyian? Uishhh! Pedih! Tapi ada sebabnya?
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Jom saksikan full episod No Filter sekarang!
No Filter
️ Setiap Isnin
⏰ www.gempak.com | 12 tengahari
Astro Ria | 8:30 malam
#NoFilterSeries
#GempakOriginalSeries
#AstroBaharu
#TakMacamDulu"
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.
"Silence Is Golden" - Ruhainies
Pelakon Ruhainies tampil berkongsi sepotong ayat di Instagram Storiesnya seolah-olah memberikan respons terhadap kemelut yang menjerat dirinya ketika ini.
Radin Terpaksa Tangguh Kahwin Sebab Keadaan Kesihatan Kekasih - “Saya Bawa Dia Pergi Berubat…”
Semoga urusan Radin & pasangan dipermudah.
Mahalini Bakal Pindah Agama, Menikah Secara Islam Bersama Rizky Febian!
Penyanyi, Mahalini telah sah dikhabarkan akan berpindah agama selepas selesai upacara “mempamit” yang diadakan di kediaman Mahalini iaitu di kawasan Banjar Aseman Kawan, Desa Tibubeneng, Kuta Utara, Badung, Bali pada Sabtu.
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.