,
Hiburan

"Berkemban Di Sungai Adalah Biasa .." - Nadia Brian

Zulaikha Yusof
26/02/2020
23:55 MYT
Pelakon Nadia Brian tidak mempunyai masalah untuk berkemban dalam filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda kerana ingin melengkapan jalan cerita.
Jelas Nadia, dia hanya ingin mengikut latar masa filem itu iaitu pada tahun tahun 1950.
"Pada tahun 1950-an, berkemban di sungai adalah biasa jadi kalau tak buat tak nampak real pula sebab itu saya cuba buat babak itu nampak lebih baik.
"Mula-mulanya tiada babak berkemban dalam sungai tapi atas kehendak abang Bade yang mahu ikut latar masa filem itu, jadi berkemban saja yang sesuai.
"Babak itu masih bersesuaian, dia tidak lah terlampau menonjol masih mengikut standard," katanya kepada Gempak.
Nadia telah ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda di mmCineplexes, e-Curve, Damansara.
Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian menyatakan suaminya, Muizz Nasruddin sentiasa memberi sokongan dalam perjalanan karier seninya.
"Suami pula sentiasa menyokong kerjaya saya, kami tengok sama-sama semasa tayangan perdana dan dia tidak kisah mengenai babak itu.
"Dia bangga dengan saya kerana berjaya membawa karakter filem tersebut. Kalau tak buat, jalan cerita tu nampak tak lengkap.
“Selain itu, saya juga kena golekkan diri dan terjun ke kawasan gaung tanpa sebarang bantuan daripada pelakon aksi.
"Semua itu merupakan pengalaman yang berharga buat saya sepanjang bergelar anak seni,” ujarnya lagi.
Selain Nadia sebagai teraju utama, filem tersebut turut menampilkan ramai pelakon hebat yang lain antaranya Amar Ashraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Octavia Manrose, Eyra Hazali dan penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Firman Siagian.
Filem arahan Bade Hj. Azmi itu akan memulakan tayangan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 27 Februari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Hiburan

Nadia Brian Sebak Dengar Penjelasan Ustaz Izhar Nazri Mengenai Kemaafan - “Allah Minta Kita Untuk Memaafkan Tapi…”

gempak
19/03/2024
04:55 MYT
Menitis air mata Nadia dengar penjelasan ustaz.
Laman Utama

Hadir Perhimpunan Solidariti, Ramai Suka Tengok Nadia Brian Bertudung Labuh - “Cantiknya Pakai Macam Ni, Semoga Berterusan”

gempak
29/10/2023
11:55 MYT
Cantiknya Nadia.
Laman Utama

“Saya Tak Mahu Jadi Penyondol Atau Disondol” - Nadia Brian

gempak
25/10/2023
08:55 MYT
Nadia masih mencari calon pasangannya.
Laman Utama

Nadia Brian Menangis Bila Tahu Peminat Setia Meninggal Dunia - “Sebak Sangat Rasa”

gempak
15/09/2023
04:55 MYT
Innalillah, salam takziah.
Unitar