Hadiahkan Cermin Mata Untuk Bodyguard Cik B, Netizen Tersentuh Hati Tengok Kacak - “Aku Rasa Kacak Ni…”
Anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Kacak menarik perhatian warganet apabila membuat kejutan untuk pengawal peribadi kakaknya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Vida juga memberitahu bahawa dia meminta anaknya beli cermin mata baharu itu untuk dirinya sendiri namun Kacak lebih memilih untuk menghadiahkan kepada Faris.
“Boleh kacak tumpang kasih sayang, dia rindu abang-abang dia.
“Dia panggil ‘abang’, bagus kacak ni anak yang soleh dan hormat orang tak kira pangkat.
“Sebak pula dengan kebaikan Kacak. Mesti Kacak rindu dekat arwah abang-abang dia,” komen warganet.
Sekadar info, dua cahaya mata Vida iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.