Penantian peminat telefon pintar untuk mendapatkan Samsung Galaxy S20 FE 5G kini berakhir apabila keluaran terkini jenama telefon pintar terkemuka dunia ini boleh didapati dengan segera!

Mempunyai ciri-ciri telefon pintar paling canggih, Samsung Galaxy S20 FE 5G cukup menyerlah dengan kehebatan telefon pintar yang anda mahukan.

Dengan adanya lima ciri penting Samsung Galaxy S20 FE 5G ini, kami yakin anda pasti teruja untuk menggunakannya. Mari semak lima ciri utama peranti ini.

1. Paparan skrin yang memuaskan

Bagi paparan pada skrinnya, Samsung Galaxy S20 FE 5G menampilkan 120 Hz Display yang direka khas untuk ‘scrolling’ yang lebih halus dan bertahan lama untuk beberapa jam, ia juga sesuai untuk kaki game bermain permainan kegemaran mereka. Ia mempunyai lebih transisi cecair dengan 120 Hz ‘refresh rate’.

Bukan sahaja itu, dengan paparan 6.5" FHD+ Infinity-O Super AMOLED, ia dirangka untuk memberikan anda kepuasan ketika melihat skrin telefon pintar.

2. Ciri teras yang hebat

Dengan menggunakan Samsung Galaxy S20 FE 5G, ia dilengkapi dengan 256GB ruang penyimpanan dalaman untuk anda simpan pelbagai jenis data tanpa risau storan penuh.

Malah, dengan adanya Snapdragon865 dan 5G, peranti terasa lebih lancar dan pantas apabila digunakan. Mereka yang gemar menonton siri kegemaran menerusi telefon pintar, kini anda mempunyai 30 saat masa muat naik untuk enam jam masa berkualiti ketika menonton. Urusan muat naik dan muat turun anda juga pastinya berjalan lancar.

Kehebatan keselamatan software dan hardware di dalam peranti ini juga dipertingkat. Apabila ada kerja-kerja mengodam dikesan, Secure Processor akan masuk ke dalam mod kunci dan tidak akan beroperasi. Ia melindungi data dan maklumat dalaman, perlindungan, skrin kekunci serta kunci peribadi Blockchain.

3. Letusan warna menarik

Samsung Galaxy S20 FE 5G hadir dalam enam variasi warna yang memukau! Setiap satunya pasti memenuhi personaliti dan jiwa pemakainya. Buat semua penggemar telefon pintar ini, lima warna berkuasa ini cukup menarik perhatian.
4. Ciri-ciri kamera terbaik

Kamera memainkan peranan yang cukup penting bagi sesebuah telefon pintar. Luar biasanya Samsung Galaxy S20 FE 5G ini, ciri-ciri yang anda mahukan seperti zoom, live fokus, filter, mod malam berkualiti dan pelbagai lagi ciri khas menarik ada dalam telefon pintar ini!

Samsung Galaxy S20 FE 5G dilengkapi dengan ciri kamera depan 32 MP dengan ultra wide camera 12 MP, wide camera 12 MP Dual Pixels OIS dan tele camera 8 MP 3xOIS.

Dengan ciri space zum 30x dan zum optikal 3x, setiap imej yang diambil walaupun jauh terasa sangat dekat dengan hasil kejelasan yang berkualiti.
Mod malamnya kelihatan lebih tajam walaupun di bawah pencahayaan yang minima. Bukan itu sahaja, saiz sensor yang meningkat mampu menangkap lebih banyak cahaya untuk warna dan kontras yang lebih menyerlah.

5. Jangka hayat bateri berjam-jam.

Bateri 4500 mAh yang tersedia mampu memberikan tempoh operasi sehingga berjam-jam lamanya. Bukan itu sahaja, dengan bercirikan PowerShare tanpa wayar, anda boleh mengecas jam pintar Galaxy, earbuds malah telefon Galaxy teman dengan hanya menggunakan belakang Samsung Galaxy S20 FE 5G anda.

Teknologi pengecasan pantas juga memberi kelebihan buat pemakainya. Ia memberikan kuasa pada telefon pintar anda dalam pengecasan hanya pada beberapa minit sahaja. Berbeza dengan Galaxy S10, pengecasan tanpa wayar pantas (15W) memberikannya 25% lebih kuasa mengecas.

Menarik dan hebat kan? Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk anda bertukar kepada Samsung Galaxy S20 FE 5G dengan segera. Dari sekarang sehingga 31 Disember ini, pelanggan akan menerima hadiah istimewa Samsung Clear Standing Cover bernilai RM119 dengan setiap pembelian Samsung Galaxy S20 FE 5G. Selagi stok masih ada, siapa cepat dia dapat. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.samsungmobilepress.com/mediaresources/galaxy_s20_fe.