Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim sejak semalam (Ahad).

Tampil Bantu Kesan Suspek

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sesiapa saja yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut diminta untuk tampil membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.

"Suspek dianggarkan berusia 30-an, berketinggian 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil ke balai berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya lagi, orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen di talian 0125848166 atay 0322666071.

Faisal disimbah asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.

Difahamkan Faisal didekati oleh dua suspek yang menaiki motosikal dan seorang daripadanya menyimbah asid kepada penyerang Selangor FC itu.

BERITA TRENDING: THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry

Sumber - AWANI