gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pertama Kali Catwalk KLFW2025, Bella Astillah Nervous - “Design Baju Saya Serah Sepenuhnya Kepada…”
HIBURAN
Sofyank Syukur Dapat Jumpa Jackie Chan Di Beijing, Impikan Kolaborasi Suatu Hari Nanti - “Bertentang Mata & Berbual Pun Dah Cukup”
VIRAL
Power Of Sedekah! Prince Syed Kongsi Rezeki RM800,000 Dengan Followers, Rumah Anak-Anak Yatim - "Lagi Banyak Kita Bagi, Lagi Banyak Allah Balas"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Berlatih Merangkak Seperti ‘Setan’ & Sanggup Digantung Selama 8 Jam, Dedikasi Anna Jobling Untuk Lembayung - "Saya Nak Buktikan Saya Bukan...."

Umirah Halim
Umirah Halim
01/12/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Berlatih Merangkak Seperti ‘Setan’ & Sanggup Digantung Selama 8 Jam, Dedikasi Anna Jobling Untuk Lembayung - "Saya Nak Buktikan Saya Bukan...."
Komited dan sangat optimis, pelakon cantik, Anna Jobling sanggup menggantungkan diri selama 8 jam bagi menjayakan watak sebagai Doktor Tantri menerusi filem seram berjudul Lembayung.

Berani ambil risiko

Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, memilih untuk mengambil risiko tersebut kerana percaya krew produksi yang bertugas di set penggambaran akan memastikan keselamatannya terjamin.
“Saya sanggup ‘dijerut’ dan tergantung selama hampir 8 jam masa bawa watak sebagai Doktor Tantri. Sepanjang tu memang saya makan, tidur pun dalam keadaan tergantung dan ada kerusi juga, saya duduk di situ.
“Ikatan tu sebenarnya boleh dilonggarkan, cumanya saya malas nak turun naik dan proses nak pasang alat keselamatan tu rumit. Jadi saya ambil keputusan untuk terus tergantung di atas tu.
“Set filem Lembayung memang ramai sangat krew produksi, lebih daripada 100 orang. Belakang kamera pun ramai, krew yang kawal tali pun ramai.
“Bila dah dapat shoot tu, terus cut dan ikatan tu terus dilepaskan. Kemudian baru saya boleh bernafas dan masa tu, ada krew yang dah bersedia tunggu di bawah untuk sambut kaki saya,” ujarnya ketika ditemui Gempak pada tayangan gala filem Lembayung, di GSC Tropicana Garden Mall baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Pikul Tanggungjawab Besar, Anna Jobling Seronok Jadi Juri Sepanjang 9 Minggu - “Mungkin Ramai Pertikaikan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Terima Lagi Tiga Tawaran Di Indonesia Selepas Lembayung! - "Saya Tidak Sangka, Ini Peluang Besar"
Menjadi murid terakhir sempat menyertai kelas lakonan bersama aktor hebat Indonesia, Allahyarham Yuyu Onru, Anna meluahkan rasa syukur dengan ilmu yang diterima dan mahu memberikan persembahan yang terbaik sewaktu di set filem Lembayung.
“Dalam filem ini saya tidak banyak dialog jadi sewaktu di kelas lakonan bersama Yuyu Onru saya belajar macam mana nak merangkak dengan betul, kerana saya tak banyak dialog jadi sangat susah nak berlakon.
“Saya fikir cuma nak buat yang terbaik demi dia (Yuyu Onru), bukan lama saya dengan dia tapi ilmu yang saya terima daripada dia sangat bermaknya, saya memang ingat apa dia pesan, ambil nota saya nak guna apa yang saya belajar di set.

“Dalam kelas lakonan itu saya buat belajar cara merangkak, saya ambil video tengok balik setiap malam, saya akan berlatih di rumah supaya dia nampak lain daripada yang lain. Cara dia gerak bukan manusia dia macam setan.

“Kenapa saya buat filem Lembayung ini sebab nak tunjuk dekat semua orang yang saya bukan seorang pelakon yang hanya boleh bawa watak ayu, baik sahaja tetapi saya juga boleh bawa watak berlainan,” tambahnya lagi.
Selain Anna, antara barisan pelakon yang membintangi filem Lembayung adalah Arya Saloka, Taskya Namya, Yasamin Jasmen dan Oka Antara.
Filem Lembayung yang diarahkan oleh pelakon Baim Wong telah ditayangkan di Indonesia sejak September dan akan mula ditayangkan di Malaysia pada 5 Disember hadapan.
Topic Berkaitan
#Anna
#Berlatih
#Gantung
#Jobling
#lembayung
#doktor tantri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement