Pelakon Syafiq Kyle menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya bermasam muka dengan aktres Hannah Delisha.

Menurut Syafiq, hubungannya bersama Hannah baik dan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku diantara mereka.

"Saya ada juga mendengar khabar angin itu dan dakwaan yang mengatakan kami bermasam muka sejak akhir-akhir ini.

"Apa yang saya boleh jelaskan disini hubungan kami masih baik dan berkawan seperti biasa serta tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku.

"Perkara ini mungkin timbul apabila saya dan Hannah tidak dapat hadir bersama ketika sesi fotografi untuk pihak media.

"Kami bukan hendak mengelak namun kesibukan kerja masing-masing membuatkan kami sukar digandingkan bersama ketika ada pihak yang ingin menggandingkan kami bersama dalam sesi fotografi," katanya kepada Gempak.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Langsuir di MM Cineplex [email protected], pada malam Rabu.

Filem Langsuir arahan Osman Ali ini bakal menemui penonton dipawagam bermula 20 September ini.

Selain Syafiq dan Hannah, filem ini turut dibintangi oleh Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi.