Pelakon Mawar Rashid tampil menyumbang pelbagai peralatan hospital sebagai menunaikan nazar selepas ahli keluarganya sembuh daripada COVID-19.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashi, 26, dia bersyukur dapat menunaikan nazar berkenaan bagi membantu pesakit-pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan perubatan.

Antara peralatan yang disumbangkan adalah 15 tabung oksigen, lima troli tabung oksigen, lima pressure regulator di Hospital Selayang manakala empat divider dan lima oximeter untuk Hospital Ampang.

“Bila dah kena baru tahu betapa serius dan takut sangat. Selama ni duk baca kat socmed je.

“Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas keluarga dan mak Mawar. Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari COVID-19 dengan izin Allah SWT, Mawar berniat untuk sedekah keperluan-keperluan di hospital untuk pesakit COVID-19.

“Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital. Hospital urgently perlukan dua unit lifting trolley bernilai RM35,000 each. Sebab tu Mawar terfikir nak buat live dan raise fund untuk hospital,” tulisnya di ruangan kapsyen tersebut.

Menerusi pengumpulan dana yang dilakukan, Mawar berjaya mengutip RM74,000 dan telah menghubungi pihak hospital untuk berunding urusan pembelian dengan pembekal yang menawarkan harga berpatutan.

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)


Di ruangan komen, usaha Mawar itu mendapat pujian dan kata-kata sokongan daripada wargamaya yang rata-ratanya terinspirasi dengan sumbangan yang telah dilakukan.

Terima kasih Mawar, a good role model. Stay safe wherever you go,” komen seorang wargamaya.

I'm proud of you sis. Great job, all the best for you guys,” puji seorang wargamaya.

Alhamdulillah semoga Mawar dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” ujar seorang wargamaya.

All the best and keep up the good work. Insyallah kalau ada fund raising lagi saya join,” tulis seorang wargamaya lagi.

Perkongsian Mawar itu sehingga kini menerima 67,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Pada 25 Julai yang lalu, Mawar mendedahkan dia, suami Raf Yaakob dan tiga anak mereka, Raden Ahmad Rayyan, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta disahkan positif COVID-19