Pelakon yang mula dikenali ramai melalui filem Ola Bola, Luqman Hafidz hari ini menyambut hari kelahirannya yang ke 29 tahun.

Sebelum ini Luqman baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Nurul Atiqah pada 20 Mac lalu.

Baca: Berkawan 4 Tahun, Luqman Hafidz Akhiri Zaman Bujang Dengan Wanita Pilihan

Memandangkan pernikahan mereka berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya 10 orang termasuk tok kadi dan saksi hadir sewaktu majlis berlangsung.

Pada satu entri di Instagram miliknya, Luqman cuba mengimbau kembali kenangan ketika dia berumur 14 tahun.



"Sedang cuba posing balik gambar waktu umur 14 tahun di 14 April, waktu tu memang trend rambut helmet steng.

"Syukur untuk tahun penuh cabaran ni, hanya dengan kesulitan, kita akan lebih menghargai sekecil-kecil kebahagiaan," tulis Luqman.

Tambah Luqman, biarpun berjauhan daripada keluarga dan saudara mara, ulang tahun kelahirannya tetap bermakna.

"Hari Lahir semasa PKP ini, tetap bermakna walaupun jauh dari keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

"Bak kata orang, jauh di mata dekat di hati. Stay safe, stay home. Sama-sama kita jaga kita," tambah Luqman lagi.

Sedang cuba posing balik gambar waktu umur 14 tahun di 14 April, waktu tu memang trend rambut helmet steng. Syukur untuk tahun penuh cabaran ni, hanya dengan kesulitan, kita akan lebih menghargai sekecil kecil kebahagiaan. . Hari Lahir semasa PKP ini, tetap bermakna walaupun jauh dari keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Bak kata orang, jauh di mata dekat di hati. Stay safe , stay home. Sama2 kita jaga kita.❤️. #harijadipkp

A post shared by Luqman Hafidz (@luqmanhafidzx) on


Luqman dan pasangannya Nurul Atiqah bakal mengadakan majlis persandingan selepas selesai kemelut Covid- 19 yang sedang melanda sekarang ini.