Hiburan

"Berpeluang Sambut Dua Hari... Malaysia & LA" - Yuna Sambut Ulang Tahun Ke-33

Asraf Aided
14/11/2019
02:53 MYT
Penyanyi popular, Yuna menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 hari ini.
Perkara itu dikongsi Yuna menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Yuna, dia berpeluang untuk menyambut hari lahirnya pada dua tarikh berbeza iaitu waktu di Malaysia dan waktu Amerika Syarikat.
Yuna merasakan perkara itu adil buat dirinya yang kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles atas urusan kerja.
"14 November di Malaysia, manakala di Los Angeles pula akan memasuki tarikh itu pada hari esok, jadi saya berpeluang menyambut hari lahir selama 48 jam.
"Saya rasa ia adil untuk diri saya kerana kerap ulang alik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, pelantun lagu Dan Sebenarnya ini turut mengucapkan terima kasih kepada kenalan yang telah merancang sambutan hari istimewanya itu.
"Terima kasih semua yang telah merancang kejutan hari lahir saya, dan sudah semestinya saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan kepada saya," tulisnya lagi.
Sekadar info, Yuna mula menjejak kaki di industri hiburan Malaysia pada sekitar tahun 2006 dan terus berjaya melakar kejayaan sehingga kini di persada antarabangsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video