Agensi pelakon Honey Lee, Saram Entertaiment menafikan spekulasi mengenai keberantakan hubungan cintanya bersama aktor Yoon Kye Sang.

Menurut agensinya, hubungan Honey dan kekasihnya masih utuh dan pasangan itu hanya ketawa sebaik sahaja mengetahui gosip tersebut.

“Mereka berdua hanya ketawa. Sebenarnya kapsyen yang ditulis oleh Honey di Instagramnya itu tidak ditujukan kepada sesiapa.

“Sebaliknya itu hanya gambaran perasaan rindu dan nostalgia yang disampaikan oleh Honey terhadap anjing peliharaannya.

“Sudah hampir lima tahun dia bersama haiwan itu dan dia menulis kapsyen tersebut ketika melihat foto lama di mana foto tersebut merakamkan haiwan itu ketika masih kecil.

“Gosip mengenai perpisahan mereka itu hanyalah salah faham sahaja. Sehingga kini mereka masih lagi bercinta dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik,” jelas wakil agensinya.

Terdahulu, Honey dan Yoon Kye Sang telah pun menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun.

Sumber: Allkpop / Koreaboo