Bersalin Pada 22 Ogos Lalu, Ayra Aneesah Nama Baby Girl Ummi Nazeera... Comelnya!

Kamaruddin Razal
Ogos 31, 2018 12:10 MYT
Pelakon popular, Ummi Nazeera, 28, selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu.
Melahirkan anak di Hospital Serdang, Ummi bersalin lebih awal sebulan daripada tarikh yang dijangka oleh pihak doktor.
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainul Abadin melahirkan bayi perempuannya menerusi pembedahan Csect dengan kandungan baru mencecah usia 34 minggu.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” kata Ummi ringkas.
Ummi dan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31, itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai lalu.
Ummi bakal muncul dengan filem terbaharunya, Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober ini.
Foto: Instagram Ummi & Izzar
#pelakon #Anak #Ummi Nazeera #Pelakon