Aktor Fahrin Ahmad mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk bergandingan bersama pelakon hebat Fauziah Nawi dan Norlia Ghani.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fahrin menjelaskan dia banyak mempelajari tentang ilmu lakonan dengan Fauziah dan Norlia sejak dulu lagi.

"Mamaku, ibuku. Ibu Fauziah & Mama Norlia. Peluang berlakon bersama mereka tak akan aku lepaskan, apatah lagi di bawah arahan @rashidsibir.

"Bersama merekalah aku belajar dan membesar dalam dunia lakonan. Syukur Alhamdulillah. Nantikan telemovie kami Syawal nanti," tulisnya.

Mamaku Ibuku... ? Ibu Fauziah & Mama Norlia.. Peluang berlakon bersama mereka takkan ku lepaskan, apatah lagi di bawah arahan @rashidsibir .. Bersama merekalah aku belajar dan membesar dalam dunia lakonan.. Syukur alhamdulillah.. Nantikan telemovie kami Syawal nanti.. #telemovieraya @dramasangat

A post shared by Fahrin Ahmad - Official (@fahrinahmad_fa) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tidak sabar untuk melihat gandingan Fahrin bersama Fauziah dan Norlia.

Ada juga berharap agar Fahrin sentiasa kekalkan sikapnya yang sentiasa merendah diri walaupun telah bergelar pelakon terkenal.

"@keretamewah77gmail: Kekalkan keperibadianmu Fahrin Ahmad, you are the best actor."

"@fairulnaim99: Mesti cerita meruntun jiwa. Confirm best giler."

"@fatinna: Semoga di murahkan rezeki. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Mesti best giler."