"Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh"- Farid Kamil, Diana Danielle Muat Naik Foto Bersama

Syafiqah Jalal
Februari 6, 2018 07:13 MYT
Selepas desas-desus mengatakan hubungan rumah tangga mereka umpama retak menanti belah, pelakon Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle membuktikan dakwaan tersebut tidak benar.
Farid Kamil menerusi akan Instgaram (IG) peribadinya telah memuat naik foto bersama Diana serta anak-anak mereka buat sekian kalinya.
Kali terakhir Farid dilihat memuat naik foto bersama isteri ketika menerima penugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Disember tahun lalu.
Menerusi entri tersebut Farid memberi bayangkan dia dan isterinya sudah bersatu dan masih kukuh bersama.
"Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
"Kami tak ramai tapi kami ada #x," tulisnya.
Entri berkenaan turut mendapat perhatian daripada Diana yang juga memberikan komen
"Alhamdulilah, Allah lindungi keluarga kita," tulis Diana
Diana juga menerusi IGnya turut memuat naik fotonya terbaharu bersama Farid dan dalam masa yang sama memberikan kata-kata positif menerusi kapsyennya.
Ia mendapat perhatian netizen yang turut mendoakan agar pasangan itu terus bersama dan bahagia selamanya.
Terdahulu, Farid dikatakan telah membuat laporan di balai polis dan menurut sumber ia berkaitan dengan hal rumah tangga.
Foto: Instagram Farid Kamil/ Diana Danielle
#pelakon #Diana Danielle #Farid Kamil #Pelakon #Artis #Rumah tangga