Penyanyi Ara Johari menarik perhatian wargamaya apabila tampil menyarungkan busana unik di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi.

Ara mengayakan fesyen ‘boy scout’ dalam persalinan sut biru cair dengan seluar pendek, lengkap bertali pinggang serta stoking paras lutut.

Menerusi laman sosial Facebook, foto Ara bersama penyanyi Masya Masyitah ketika di karpet merah membuatkan warganet meninggalkan komen negatif dan kritikan terhadap citarasa fesyen penyanyi itu.



Rata-rata netizen menyuarakan pendapat seluar pendek dan stoking paras betis yang Ara kerana serba tidak kena.

Selain pengakap, ada yang menggelarkan Ara seperti seorang mandur ataupun penyelia ladang kelapa sawit.

“Pergh, stoking DIY tu,” komen seorang netizen.

“Dah macam mando ladang kelapa sawit,” ujar seorang netizen.

“Kalau skirt pendek tu sesuai lah. Ni apa pakai seluar pendek. Fesyen designer pun beragaklah. Kesian Ara. Ara pun hangguk je lah, ingatkan lawa,” kata seorang netizen.

“Weyy tali pinggang kau tu, aku ikat buku sekolah masa nak pulangkan buku teks dulu,” kata seorang netizen lagi.

Pada anugerah malam tadi, pelakon filem Sangkar Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32.

Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.

ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Ismail Izzani, Sufian Suhaimi, Idayu, Liza Hanim, Ernie Zakrie dan ramai lagi.