Penyanyi, pelakon dan usahawan Ifa Raziah cukup dikenali sebagai selebriti yang kerap memuat naik pelbagai kandungan video mahupun foto di laman sosialnya.

Selain Instagram yang sering dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan karier dan bisnesnya, Ifa juga turut menjadikan TikTok sebagai salah satu medium untuk berkongsi perkembangan terkini.

Terbaharu menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Ifa berkongsi rutin senaman ketika berada di rumah.

@ifa_raziah #missdiva #ifaraziah #terpalingviral #trending #fyp #fouryoupage #tiktok #tiktokviral #serifabeauty #starvendors #teamifaraziah #ifaraziahdivas @Starvendors @Ifa Raziah Divas ♬ Miss Diva - Ifa Raziah

Menariknya, menerusi video berkenaan, Ifa langsung tidak mengenakan secalit mekap. Hal ini menyorot perhatian netizen dan pengikutnya.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Ifa yang tampil polos. Dan ada juga yang menyamakan penyanyi lagu Ser Ser Ser itu dengan bintang k-pop, Jessi.



Terdahulu, penampilan Ifa yang semakin kurus menjadi bualan sehingga ada yang menuduh dirinya menjalani pembedahan memotong usus.

Bagaimanapun, Ifa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

BACA: “Saya Bagi RM200,000 Cash Kalau Boleh Buktikan Saya Pernah Potong Usus!” – Ifa Raziah

BACA: Ifa Raziah Tak Potong Ususlah!

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!