Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

"Bersihkan Nama Adikku, Pulanglah Kim Seri" - Bekas Kakak Ipar Kongsi Keadaan Terkini Anak Saudara Tak Keruan, Ibu Asyik Menangis

Amri Hassan 27/04/2025 | 05:25 MYT
Bekas kakak ipar kepada pempengaruh Kim Seri iaitu Nor Seri Azlina tampil berkongsi keadaan terkini anak saudaranya, Adam, yang seakan-akan tidak keruan selepas bapanya ditahan dipercayai terbabit dengan tuduhan scammer.

BERITA TRENDING: “Saya Tak Nak Dipancing Untuk Londeh Melondeh Aib Semasa Bergelar Suami Isteri” - Kim Seri

BERITA TRENDING: “Bekas Laki Meringkuk Kat Sel, Dia Bahagia Di Korea” – Bekas Kakak Ipar Spill The Tea Kes Kim Seri, Dakwa Bekas Suami Jadi Kambing Hitam

Dalam hantaran penuh emosi di Facebook, Azlina mendedahkan adiknya kini berdepan 47 kes jenayah, manakala berbeza dengan Kim Seri yang kini sedang menikmati bulan madu selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Korea Selatan.
"Untuk scammer paling bahagia... Kimseri, lihatlah jiwa-jiwa yang kau hancurkan. Yang kau tikam 47 kali tanpa henti...
"Lihatlah anakmu, Adam, berpusing-pusing atas pagar batu berulang kali dari pagi hingga malam, entah apa yang bermain di fikirannya, sambil bercakap seorang diri, mengharap sang ayah pulang... Menanti tanpa bertanya kerana dia sudah mengerti apa yang berlaku.
"Anak-anak kecil yang kau tinggalkan bertahun-tahun dalam jagaan dan kasih sayang seorang ayah... kini kau rampas ayah mereka, setelah melarikan diri daripada kehancuran yang kau sendiri cipta.
"Anak-anak yang tidak bersalah ini terpaksa menanggung beban dugaan hidup tanpa kehadiran ayah mahupun ibu kerana seorang ibu yang terlalu pentingkan diri," tulisnya.
Lebih memilukan, Azlina memberitahu ibunya tidak berhenti menangis, sementara keluarganya kini menanggung malu, cercaan dan pedih akibat fitnah dan kehancuran yang ditinggalkan.
"Bekas suamimu kini hanya mampu menatap dinding batu, hancur masa depan dan impiannya untuk memulakan hidup baru, sedangkan kau tahu dia tidak bersalah.
"47 kes, dengan roadshow reman di seluruh Malaysia... Adikku hampir hilang kewarasan, sedangkan kau sedang menikmati bulan madu indah bersama suami baru.
"Keluarga aku pula terpaksa menanggung kesedihan, malu, serta menjadi bahan umpatan orang. Mak dan abah menanggung derita kerana satu-satunya anak lelaki mereka menghadapi dugaan yang tidak terungkap dengan kata-kata. Air mata seorang ibu, tidak pernah berhenti mengalir.
"Memang ini adalah ujian Allah kepada kami... Semoga ada hikmah di sebalik segalanya.
"Manusia berhak menilai, tetapi ingatlah, apabila kita berbuat jahat, keluarga kita sendiri yang akhirnya menanggung malu dan sengsara atas perbuatan kita," tambahnya.
Azlina juga menyeru Kim Seri agar pulang ke Malaysia dan bertanggungjawab terhadap keadaan yang sedang berlaku.
"Pulanglah, Choi Seri Eina Sani. Hadaplah segala kesan dari perbuatanmu.
"Tutuplah luka malu yang telah kau tinggalkan pada keluarga kami.
Bersihkan nama adikku, nama keluarga kami, dan juga nama keluargamu sendiri.
"Tenangkah kau bahagia, melihat kehancuran yang kau tinggalkan?" coretnya lagi.
Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.
Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.
Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima bayaran balik, manakala Kim Seri pula dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Korea Selatan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Kim Seri berhubung pendedahan terbaru ini. Warganet kini menuntut penjelasan lanjut dan tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa.
#Anak #Penjara #Korea Selatan #Scammer #Kakak Ipar #Kim Seri #Nor Seri Azlina