Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"
Gempak
25/01/2024 07:25 MYT
25/01/2024 07:25 MYT
Baru-baru ini kecoh berkaitan satu video tular memaparkan beberapa individu melakukan tari silat di Masjid Nabawi.
Menerusi entri berdurasi 30 saat yang dimuat naik semula di Platform X, perkongsian itu mendapat kritikan seorang individu yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak beradab.

BERITA TRENDING: Netizen Selar Tindakan Lelaki Bergasak Di Majlis Kahwin, Minta Jaga Adab - "Dah Tua Perangai Macam ..."
“Untuk apa bersilat di situ? Nak tunjuk kita ni Melayu ke?
“Ziarah ke Masjid Nabawi ada adab dan tertibnya. Jasad Nabi yang mulia di situ. Di sisi kubur keluarga kita pun kita tak bersilat tiba-tiba,” getus individu berkenaan.
Kritikan itu meraih perhatian ramai netizen di mana rata-ratanya bersetuju dengan apa yang disampaikan.
Antara komen yang diterima:
“Penggila konten biasanya memiliki nilai adab senipis kulit bawang. ‘Langgar’ dulu yang biasa diamalkan, kalau kena kecam baru minta maaf,”
“Jenis nak perhatian ke ni? Nak semua orang tahu dia terpaling silat ke?”
“Orang datang Masjid Nabawi nak ibadah, bukan buat pelik-pelik.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih satu juta tontonan dan hampir 3,000 tanda suka di Platform X.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.