Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bersuara Mengenai Isu Himpunan Malaysia Bersama Palestin, Mona Allen: “Saya Memang Sendu & Tak Gila Glamour”

Asyikin Mayudin
27/10/2023 05:50 MYT
Pelakon Mona Allen tidak kisah jika netizen mahu menggelar dirinya sebagai ‘sendu’ disebabkan menyuarakan pendapat mengenai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan baru-baru ini.

Tiada niat untuk mengejar populariti, Mona berkata dia kini lebih selesa dengan kehidupan menjadi suri rumah yang menguruskan anak berbanding dan tidak lagi menganggap dirinya sebagai seorang pelakon.

“Yang cakap saya sendu, saya ok saja jadi sendu. Ada orang dia suka jadi glamour, ada orang dia suka low profile. Sendu. Saya pun sekarang bukan seorang pelakon, saya suri rumah tangga.

“Duduk rumah jaga anak adalah pekerjaan saya. Jadi saya memang sendu dan tidak gila nak jadi

glamour sebab saya suka dengan kehidupan saya yang sekarang.

“Lebih tenang dan aman apabila jauh dari dunia populariti. Yang kata biasalah dah sendu up la story untuk viral tu anda salah ya. #lovesendu,” kata Mona.

Jelas isteri kepada aktor Pekin Ibrahim ini, apa yang disuarakan itu hanya la mengenai politik dan populariti bukannya tentang peperangan yang berlaku di Palestin.

“Ada banyak DM yang bersetuju atas apa yang saya cakap kerana mereka cerdik menilai, tetapi ada juga

DM yang saya terima seolah saya ini menyokong pihak Zionis.

“Apa yang saya katakan adalah, tentang politik dan populariti. Bukan tentang peperangan. Sila amati dan hadam bahawa adalah lebih bagus sekiranya semua yang hadir pada ketika itu tiada propaganda kepentingan sendiri.

“Fokus tentang Palestin. Itulah punca dan niat anda pada asalnya, bukan fokus kepada menjadi ‘content creator’ pada hari itu. Sekian,” jelasnya.

Terdahulu, Mona menerusi Instastory mengatakan dia tidak bersetuju dengan himpunan yang dihadiri ribuan rakyat, ahli politik dan selebriti tempatan sebagai tanda solidariti terhadap isu perperangan yang berlaku.

Menurut Mona, himpunan yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa itu tidak akan mendatangkan perubahan dan hanya membuang masa sahaja.

BACA SINI: Siti Nurhaliza Tak Gentar, Hadir Sokong Palestin Di Axiata Bersama 20,000 Rakyat Malaysia


#Palestin #Mona Allen #Mona Palestin #Mona sendu
;