Bersut Serba Biru, Ismail Sabri Mula Tugas Timbalan Perdana Menteri!
09/07/2021 04:42 MYT
Selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Rabu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akhirnya memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Bersut serba biru, Ismail memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.
Difahamkan, Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4.
Beliau kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.
Ismail Sabri kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk makluman, Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentadbiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan beberapa pelantikan baru.
Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
BACA: Tahniah! Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Pula Sebagai…