Laman Utama

"Bertalu-Talu Dapat..." - Ifa Raziah Dipelawa Vaksin Pfizer Oleh Beberapa Hospital

gempak
Asraf Aided
15/07/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
"Bertalu-Talu Dapat..." - Ifa Raziah Dipelawa Vaksin Pfizer Oleh Beberapa Hospital
Selebriti versatil, Ifa Raziah menerima mesej dari beberapa hospital yang menawarkan vaksin COVID-19 jenis Pfizer kepadanya.
Perkara itu dikongsi diva sensasi ini menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.
"Bertalu-talu Miss Diva (Ifa membahasakan dirinya) dapat WhatsApp ada beberapa hospital yang offer untuk dapatkan suntikan vaksin Pfizer," kongsinya.
Dalam entri sama, Ifa memberi gambaran seolah-olah dia tidak akan menolak rezeki yang datang.
"Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari, cucuk jangan tak cucuk," kongsinya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Ifa meninggalkan respon positif, mereka tumpang bersyukur mendapat berita itu, ada juga yang mendoakan kesihatan buat penyanyi yang popular dengan lagu Panas ini.
Baru-baru ini, kontroversi tercetus apabila warganet mengecam hantaran video Ifa memilih pusat vaksin lalu tular.
Ifa yang telah dijadualkan untuk menerima dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) pada Ahad mengambil keputusan untuk membatalkan temujanji tersebut.
Difahamkan, Ifa memohon untuk menukar dos jenis Pfizer disebabkan dia mengalami alahan kepada banyak jenis ubat dan kandungannya sebelum ini.
Pada masa yang sama, Ifa juga menegaskan tindakannya itu bukan sengaja atau mengada-ngada seperti yang diperkatakan segelintir warganet.
BACA: Dikecam Kerana Pilih Vaksin, Ifa Raziah Bukan Mengada-Ngada Tapi Ada Alasan Kukuh!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024