Hiburan
“Bertaubat Kepada Allah, Bukan Mencari Dosa Silam Manusia Lalu Disebarkan…” – Lisdawati
Pelakon Lisdawati mengakui sebagai seorang manusia dia juga tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Lisda memuat naik entri terbaharu itu menerusi akaun Instagramnya seolah-olah membuat luahan hati kepada pengikutnya.
Menurut Lisda, tidak perlu mencari kesalahan orang lain melainkan taubat kepada kepada Allah, perbaiki diri dan menjadi manusia yang lebih baik.
“Sebagai hambanya kita bertaubat kepada Allah SWT, bukan mencari dosa silam manusia lalu di sebarkan.
“Andai aku mati esok hari, aku minta maaf segala kesalahanku, kekhilafanku, kerana sebagai manusia aku pendosa yang tak lepas buat salah. Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita semua,” tulisnya.
Terdahulu, Lisda enggan mengulas lanjut mengenai video lucah mirip suaminya, Fauzi Nawawi yang tersebar beberapa hari lalu.
BACA: “Fauzi Nawawi Memang Jadi Mangsa Orang Dengki, Saya Hanya...”- Isu Video Lucah, Ini Respon Lisdawati
Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan 4 cahaya mata dan Fauzi turut mempunyai 4 orang anak lagi hasil dari perkahwinan terdahulu.
Must-Watch Video