Bertemakan Hippie, Baby Shower Sakinah Meriah

Mya Amri
Mei 11, 2017 07:22 MYT
Pelakon filem Kimchi Untuk Awak, Sharifah Sakinah baru sahaja meraikan majlis ‘Baby Shower’ bersama suami dan keluarganya semalam.
Memilih tema Hippie, Sakinah kelihatan sempoi menggayakan busana santai beserta 'flower hairband' di kepalanya.
Sakinah juga tidak ketinggalan berkongsi momen-momen indah itu di akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.
Selain foto, gelagat lucu Sakinah yang dirakamkan menerusi video juga menarik perhatian peminat.
Acara itu juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua kakaknya, aktres Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik acara berkenaan.
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Sharifah Sakinah #Pelakon #Baby Shower