Hiburan

Bertemakan Ikan Duyung, Sambutan Ulang Tahun Anak Rebecca Nur Al-Islam Meriah!

Azwa Rahman
04/11/2019
09:58 MYT
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Nor Anggun Raverra yang kini berusia tujuh tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Rebecca berkongsi beberapa foto dan video sepanjang sambutan hari lahir anaknya yang bertemakan ikan duyung pada Ahad.
“Princess Anggun turns 7 and she had so much fun with all her friends on her birthday.
“Happy birthday sayang mom, I love you till eternity. Happy always sayang and may Allah SWT bless you with god health and prosperity,” tulis Rebecca sebagai kapsyen.
Anggun kelihatan cantik mengenakan gaun duyung bewarna merah jambu lengkap dengan mutiara sebagai perhiasan di kepala.
Rebecca turut berterima kasih kepada semua ibu bapa yang membawa anak-anak mereka meraikan sambutan ulang tahun anaknya dengan mengikut tema.
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan selamat ulang tahun serta memuji tema majlis yang unik.
Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.
Pelakon itu mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”

gempak
19/07/2024
21:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, 30, berkongsi momen dia bersama isteri tercinta, Bay Doucet.
Hiburan

"Dia Menangis Sebab Tak Boleh Telan Pun Kek" - Ira Mohd Amin Sambut Birthday Anak Di Hospital, Mohon Doa Dapat Lawan Penyakit ‘L’

gempak
09/07/2024
21:24 MYT
Pengacara, Ira Mohd Amin berkongsi momen anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) menyambut ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Hiburan

Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

gempak
24/06/2024
01:55 MYT
Pelakon Mimi Lana memuat naik hantaran menyentuh hati di Instagram akaun miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor, Syafiq Kyle.
Hiburan

“Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan” - Ucapan Ulang Tahun Bella Buat Kekasih Adik Bikin Netizen Sebak

gempak
22/05/2024
00:05 MYT
Sepotong video yang memaparkan pelakon, Bella Astillah membuat ucapan sempena ulang tahun kekasih adiknya, Didie Astillah iaitu Diniey berjaya mencuri tumpuan netizen.